Please Donate for this campaign


English | தமிழ் | සිංහල | Français | español | हिंदी | বাঙালি | 中國 | русский | اردو | العربية | Deutsch | Kiswahili | Türk | Melayu


Rayuan Antarabangsa Segera kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
   
    Rujuk Sri Lanka ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa
    ------------------------------------------------
   
    Kami, masyarakat dunia yang bertandatangan di sini, mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)supaya merujuk Sri Lanka ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atau menubuhkan Mekanisme Kehakiman Antarabangsa yang sewibawa untuk siasatan dan pendakwaan jenayah perang, jenayah terhadap kemanusiaan dan penghapusan etnik yang dilakukan oleh kerajaan Sri Lanka terhadap kaum Tamil.
   
    Menurut Laporan Kajian Semula Dalaman PBB Mengenai Sri Lanka, terdapat anggaran boleh dipercayai sebanyak 70,000 penduduk Tamil dibunuh dalam tempoh enam bulan pertama pada 2009.
   
    Sebagaimana dinyatakan oleh bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton, Sri Lanka adalah antara negara utama bersama-sama dengan Bosnia, Burma, Republik Demokratik Congo, Sudan dan tempat lain di mana perbuatan merogol digunakan sebagai senjata perang.
   
    Kami amat percaya sama ada mekanisme domestik mahupun mekanisme hibrid akan dapat melaksanakan keadilan kepada penduduk Tamil. Seruan oleh kerajaan baharu Sri Lanka untuk mekanisme domestik atau mekanisme hibrid bagi menggantikan sebarang proses kehakiman antarabangsa adalah sebagai percubaan memesongkan desakan merejuk negara itu ke ICC serta melambatkan tindakan lain yang berkesan mengenai kebertanggungjawapan.
   
    Usaha-usaha untuk menubuhkan sebuah Suruhanjaya Kebenaran dan Perdamaian juga merupakan satu lagi taktik pengalihan bagi melindungi mereka yang melakukan jenayah serius terhadap masyarakat Tamil.
   
    Situasi semasa di Sri Lanka telah mewujudkan 'ancaman kepada keamanan' berterusan mengikut Bab 7 Artikel 39 Piagam PBB kerana tidak sama sekali wujud kebertanggungjawapan untuk jenayah perang, jenayah terhadap kemanusiaan dan penghapusan etnik.
   

    Dalam menyokong desakan ini, kami mengemukakan fakta dan alasan berikut untuk penelitian anda:


Please Sign


Signer's Information
Name:*  
Email:   
Country:*  

Verify Your Signature

Code:  
Enter the code shown above:*  
   
   


Contact: pmo@tgte.org

Click here to watch: "Sri Lanka's Killings Field" by UK Channel 4

Click here to read: Genocide Resoultion By Northern Provincial Coucil
 
 
 
Copyright © 2015 Transnational Government of Tamil Eelam. All rights reserved.