Home
Please Donate for this campaign


English | தமிழ் | සිංහල | Français | español | हिंदी | বাঙালি | 中國 | русский | اردو | العربية | Deutsch | Kiswahili | Türk | Melayu


1) Kerajaan Sri Lanka bukan etnik berkecuali:
   
    Kerajaan Sri Lanka bertindak dirinya sebagai budaya peluru berpandu bagi komuniti majoriti Sinhala beragama Buddha. Kerajaan negara, dalam kes ini, Sri Lanka bukan sahaja melakukan jenayah antarabangsa terhadap kaum Tamil tetapi turut gagal melindungi suku kaum itu untuk tempoh masa lebih 60 tahun sejak kemerdekaan pada 1948.
   
    Pada hakikatnya, kebanyakan jenayah serius yang dikemukakan telah dilakukan oleh instrumen kerajaan.
   
    "Kebertanggungjawapan juga memerlukan pengakuan rasmi oleh kerajaan mengenai peranan dan tanggungjawabnya apabila telah berlaku pencabulan hak warga negaranya." Laporan Panel Pakar Setiausaha Agung PBB Mengenai Kebertanggungjawapan di Sri Lanka (31 Mac 2011).
   
    2) Badan Kehakiman Sri Lanka bukan etnik berkecuali:
   
    Badan kehakiman Sri Lanka sentiasa mengikut telunjuk kepimpinan politik berhubung penindasan terhadap penduduk Tamil dan bukti itu terkandung dalam laporan kesemua Suruhanjaya Siasatan sebelum ini.
   
    Walaupun Suruhanjaya Siasatan di bawah Ketua Hakim berbangsa Tamil pada 1983, namun tiada pendakwaan dilakukan terhadap mana-mana pihak atas pembunuhan beramai-ramai penduduk Tamil semasa penghapusan terancang kumpulan etnik pada 1983.
   
    "...berdasarkan kajian semula prestasi sistem kehakiman sebelum ini dan struktur kehakiman masa kini, panel tersebut menaruh sedikit keyakinan bahawa ia akan melaksanakan keadilan dalam persekitaran politik semasa. "Laporan Panel Pakar Setiausaha Agung PBB Mengenai Kebertanggungjawapan di Sri Lanka (31 Mac 2011).
   
    Bermula pembunuhan beramai-ramai penduduk Tamil pada 1958 sehingga hari ini, keadilan tidak diberikan. Mahkamah-mahkamah telah terbukti tidak berdaya dan kerajaan seterusnya telah melantik badan siasatan yang tidak berkesan di bawah tekanan antarabangsa yang tidak sekali pun mendorong hukuman terhadap pelaku. (Amesty International, "Twenty Years of make Believe") Suruhanjaya Sisatan Sri Lanka (11 Jun 2009).

 

3) Tiada keazaman politik di Sri Lanka untuk memberi keadilan kepada penduduk Tamil:
   
    Bekas Setiausaha Pertahanan, Gotabhaya, masih selamat selagi berada di Sri Lanka: Timbalan Menteri Kehakiman Sri Lanka.
   
    4) Suruhanjaya Perdamaian dan Pengajaran Domestik 2010 (LLRC) belum memberi keadilan kepada penduduk Tamil:
   
    "...LLRC amat lemah dan tidak memenuhi standard antarabangsa untuk mekanisme kebertanggungjawapan yang berkesan." (Laporan Panel Pakar Setiausaha Agung PBB Mengenai Kebertanggungjawapan di Sri Lanka. (31 Mac 2011).
   
    Penglibatan komuniti antarabangsa dalam menyelia siasatan dalaman turut memenuhi kegagalan apabila Kumpulan Antarabangsa Bebas Tokoh-Tokoh Terbilang (IIGEP) meletak jawatan pada Mac 2008. (Human Rights Watch - Sri Lanka: Siasatan Domestik Menjadi Tabir bagi Penindasan - 27 Oktober 2009).
   
    Memandangkan pengalaman lama kami dengan institusi hegemoni Sinhala beragama Buddha yang mendominasi politik Sri Lanka, kami tidak mempunyai kepercayaan bahawa angkatan bersenjata Sri Lanka akan didakwa sama sekali dalam negara atas sebarang salah laku. Penyeliaan antarabangsa terhadap sebarang mekanisme domestik akan hanya membuang masa. (Memorandum oleh kumpulan profesor Universiti Jaffna kepada PBB pada 24 Februari 2015).
   
   
5) Pertukaran tampuk kepimpinan di Sri Lanka tidak akan menghasilkan  perubahan berinstitusi bebas daripada hukuman:
   
    Walaupun presiden negara itu telah diganti namun hubungan penggantinya  dengan masyarakat Tamil dalam persekitaran politik tidak berubah.
   
    Beberapa bekas anggota tentera termasuk Jeneral Sarath Fonseka, yang merupakan panglima tentera pada akhir zaman peperangan, kini memegang jawatan kanan dalam kerajaan masa kini.
   
    Biarpun selepas peralihan tampuk kepimpinan di Colombo, kecuali peraturan darurat dan penggunaan secara aktif proksi anggota separa tentera, namun faktor lain yang masih wujud dan ketara ialah Akta Pencegahan Keganasan (PTA).
   
    Pada hakikatnya, instrumen ketenteraan masih kekal dan pententeraan bahagian timur laut negara itu terus mencetuskan ketakutan dalam kalangan penduduk Tamil dan memberi kesan mendalam kepada aktiviti harian masyarakat itu. Oleh itu,  besar kemungkinan mangsa dan saksi tidak sama sekali bebas di hadapan tribunal domestik atau tribunal hibrid.
   
   
6) Potensi kebersalahan Presiden baharu, Maithripala Sirisena adalah tidak kondusif untuk mekanisme domestik atau mekanisme hibrid.
   
    Jumlah besar penduduk Tamil dibunuh sewaktu Presiden Sirisena memegang jawatan sebagai pemangku Menteri Pertahanan pada akhir zaman peperangan.
    "Sirisena tidak mungkin menjadi suar harapan untuk penduduk Tamil ketika bertindak sebagai Menteri Pertahanan semasa mimpi buruk dua minggu terakhir peperangan." - Economist, 3 Januari 2015.
   
    7) Sri Lanka tidak mempunyai Peruntukan Jenayah bagi Jenayah Perang, Jenayah terhadap Kemanusiaan dan Penghapusan Etnik.
   
    Oleh kerana Norway tidak mempunyai undang-undang tertentu bagi Jenayah terhadap Kemanusiaan, maka Tribunal Antarabangsa bagi Rwanda (ICIR) tidak akan memindahkan Bagarasaga ke Norway kerana dakwaan terhadap defendan itu sebagai penjenayah biasa akan memperkecilkan perbuatan jenayahnya.
   
    8) Memburu keadilan berbanding mengejar keamanan merupakan pilihan palsu.
   
    "Mereka yang melakukan serangan penghapusan bangsa semasa Perang Dunia Kedua sedang dikesan dan didakwa sehingga hari ini. Ini menunjukkan jangkaan dunia dan gambaran ialah keadilan tidak harus dinafikan walau apa sekali pun. "Hakim C.V. Vigneswaran - Ketua Menteri, Majlis Wilayah Utara.
   
    Kesimpulan, kami amat mendesak PBB untuk merujuk Sri Lanka ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa atau menubuhkan  Mekanisme Kehakiman Antarabangsa yang sewibawa untuk menyiasat dan mendakwa jenayah peperangan, jenayah terhadap kemanusiaan dan penghapusan etnik yang dilakukan terhadap kaum Tamil oleh kerajaan negara sendiri.
   
    Terima Kasih atas perhatian dan tindakan segera:
   
    Tandatangan:
 



 
Copyright © 2015 Transnational Government of Tamil Eelam. All rights reserved.